Friday 26 September 2014

Belajar/ Study Pharmacy di UiTM Kampus Puncak Alam

Alhamdulillah, tiada kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan perasaan aku setelah 4tahun berhempas pulas dalam bidang farmasi ni. Akan dijadual untuk konvokesyen pada penghujung November 2014 nanti, secara rasminya aku telah menamatkan pengajian selama 4 tahun di UiTM Puncak Alam. Pelbagai suka duka, perit jerih yang ditempuhi selama ni... Dan sedikit demi sedikit rasa macam rindu pulak zaman belajar dulu. hmmm.....

Dan tahniah juga kepada semua batch rx9thgeneration yang sama-sama berjuang pada suatu ketika dulu. Semoga berjaya dunia dan akhirat, serta tahniah diucapkan. Sekarang ni hanya tunggu surat PRP dan juge surat posting. Ntah tak tahu bile lagi, cuma doakan semoga semuanya dipermudahkan. AMIN.

Ternyata sekali keputusan yang aku buat 4tahun lepas sudah hampir menampakkan hasilnya. Tidak rugi dan tidak sia sia memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam farmasi.


No comments:

Post a Comment