Friday 11 November 2011

The Syndrome of Love

syndrom cinta


The Syndrome of Love / The Love’s Syndrome.
History:

Creater: God

Founder: Human being (animals also included)

Discovered during the existence of the first human ever in the Earth.

When: undefined

How: undefined

Cause, sign and symptoms: as shown in the picture

As human being, it is normal for us to have this syndrome even once in our whole lifetime. There are a lot of philosophies regarding this feeling. However, there are advantages and disadvantages that someone needs to face. The bad one can be really bad.

But, the greatest challenge is how you manage to cope with all the sign and symptoms of this syndrome. It is only a few examples that usually happened. But I know, personally, there are lots more that we need to face.

It is like a bully to our soul. For a long time we may feel hopeless and useless.
However, we cannot avoid it. It comes to us without any special invitations.

So guys, be prepare to face it !!!

Sunday 6 November 2011

RAYA 2011 Convoi With Old Best Friends

 Great relationship comes from sincere hearts......

Memori Indah Kembali...

Reunion 2003-2011- Hearts Together As One

Mulakan Rayamu dengan senyuman.

Alhamdulillah, berkat raya pada tahun 2011 ini, tercantum semula sebuah ikatan yang telah lama terputus dek perubahan dan peralihan masa.
Masa yang berjalan telah menghakis ukhuwwah antara kami sedikit demi sedikit.
Namun, setiap permulaan ada penghujungnya,dan setiap pengakhiran pasti ada permulaan.
Segalanya bermula apabila Raya memainkan peranannya.
Maka, bermulalah sedikit demi sedikit perancangan ingin mengadakan reunion atau pertemuan semula setelah terpisah pada tahun 2003 yang lalu.
Ahamdulillah, setelah dirancang dengan rapi dan dengan kerjasama dari semua, kita berjaya mengadakan reunion pada tahun 2011.




Inilah dia muka-muka yang dahulunya masih lagi hingusan.

Sekarang, masing-masing sudah matang dan menuju kearah masa depan tersendiri. Semoga berjaya !!!!

Fiesta Nostalgia : Memori Indah Kembali 2011

banner ni orang lain yg buat ye, bukan aku
Selepas Induction Day untuk para junior, event kedua yang terbesar ialah Fiesta nie.
Bukan senang nak organize benda nie, dari sem lepas lagi kerja nya jalan...
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...
sape menyorok kat belakang !!!

Refreshment Kompeni dan MPKK 11/12 Sesi Sept/Jan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pada beberapa bulan yang lepas telah berjalannya refreshment yang penuh warna warni di UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana. 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan kembali ilmu Komander Kesatria setiap kali bermulanya semester baru.
 
Ini adalah sebagai persdiaan rapi kami untuk menyambut dan mengajar pelatih-pelatih baru bagi sesi kali ini.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar.
Disamping itu, satu ujian CC1 dan Madya juga telah dijalankan. Semoga berjaya kepada semua calon dan selamat menjalankan tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti..
Ujian CCII juga telah berjalan dengan lancar untuk setiap kompeni iaitu PH dan L.

Majlis Jamuan Raya Komander Kesatria UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana 2011

Entah pada berapa haribulan pada bulan September 2011 yg lalu, ada jamuan raya.
Pengarahnya KRM Sallehuddin.
Memang gempak jugak la kan.
Bukan senang nak buat semua ni...
MEMANG memerlukan sokongan yang sepenuhnya dari semua Biro-biro yang terlibat.
Walaupun byk benda dan halangan, tapi still berjaya jugak.
Tahniah semua !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....



Friday 4 November 2011

Entry Raya: Aku Baru Nak Update!!!

Waaaaahhh... bukan main lama lagi tertangguh masa untuk aku update pasal Hari Raya Puasa yang lepas. Bukan ape, memang tak sempat kot... Apa nak buat kan...


Jadi, meh le kita sama-sama kongsi semua yang tersirat ni...


Apa yang paling menyeronokkan apabila dapat konvoi raya.. Biasala tu kan, tapi TAK biasa bagi aku. Bukan apa, kali ni konvoi dengan budak sekolah rendah tahun 2003 yang dulu. Dah lama gler tak bersua muka, tup-tup raya sakan pulak ngan diaorang ni..


Jadi, moh la kita sama-sama usha....




hmmmm, tu lah dia membe-membe yang telah memeriahkan raya kali ni.. Ni baru separuh, byak lagi xde lam gambar..hahaha....
Terima kasih semua !!

Mana aku pergi?

haaaaaa....


ini lah yang jadik apabila cuti semester sudah berakhir. sekarang sudah masuk minggu kelapan sesi pembelajaran ak di UiTM Puncak Alam ni..


bukannya ape, bukannya aku tak nak update ke ape ke, cuma kekangan masa yang teramat sgt buat aku xsempat nak buat apa-apa.


sekarang, dah nak masuk cuti pertengahan semester sekali dengan cuti Hari Raya Aidiladha...


memang saat ni la ak tunggu..
masa untuk update belog !!!



walaupun aku dah lama tak visit blog ni, tapi masih ade lagi yang view page aku. memang aku terharu jugak la..


walaupun xramai, janji ada kan..
hahaha..


welcome ba
ck !!!

Wednesday 24 August 2011

Satu Hari di Malam Raya

Pada suatu malam, pada malam RAYA, seorang ibu dan anaknya sedang sibuk mencuba-cuba baju baru mereka. Nak dijadikan cerita, baju dah siap tempah sebelum PUASA lagi.
hahaha.

Tiba-tiba-

Anak: Ibu, nampak tak nie???!!! (sambil posing maut depan ibunya)
Ibu : Iya, nampak. Kenapa nak?
Anak : Ini la akibatnya tempah baju awal-awal. Tengok, dah ketat dah. BAJU dah makin KECIK !!
Ibu: Amboi ekauuuuuuuuu. Suka hati aje kan. KO TU YANG DAH MEMBUNCIT, BUKAN BAJU TU YANG MENGECIL.
Anak : Ya ke? (buat muka tak tahu)

hahaha

Monday 25 July 2011

Photoscape. Software apa ni?

Hai dan selamat sejahtera.


Entry pada kali ini adalah sesuai untuk orang-orang yang macam aku lah, yang tak tahu apa-apa pasal IT. Contohnya, software Photoscape ni. 
HAHA.
Ok lah, untuk pengetahuan korang, software ni free je, boleh download kat internet, search sahaja kat Google. Jangan risau.


Gambar di atas ni adalah contoh yang aku ambil dalam PC ak nie. Simple je.
Jadi, antara fungsi Photoscape adalah :

1. Editor - untuk kita edit gambar. Kalau dah expert, mmg lawa jadiknya. Kalau tak expert pun xpe, boleh belajar..

2. Page - biasanya digunakan untuk gabung gambar kita byak-banyak jadi satu muka.
3. Animated gif - untuk buat animasi bergerak dalam format gif. 

4. Splitter - pecahkan gambar-gambar korang
5. Screen Capture - haaa.. ni antara yang paling penting la. Jadi korang boleh la tangkap gambar skrin laptop atau pc korang, terutamanya kepada siapa yang berminat nak buat tutorial...

Ok la. Itu sahaja serba sedikit..
Terima kasih.

Friday 22 July 2011

Green Lung Capacity Building

credit to Green Lung Facebook 


What? Green Lung Capacity Building Camp 1



When? 27 – 29th of JULY

For? To synchronize the philosophy of Green Lung among these universities
and to equip participants with skills required such as leadership skills
fundraising and media engagement.

5 TALKS

Talk 1 : Leadership skills : Too many bosses, too few leaders
Talk 2: Media Engagement and Marketing: Shout out your Green Lungs!
Talk 3 : Fundraising & Financial Management: Money! Money! Money!
Talk 4: Spoken and Written Communication Skills: Say it Right, Write it Nice
Talk 5: Project Management & Proposal Writing: Start from ABC

Experienced speakers from myharapan and etc etc



5 BRAIN STORM SESSIONS


Outing around Penang island~ fun and excitementguaranteed


Accommodation: Provided
Food: Provided
Transportation : shuttle service to and fro penang bus terminal will be provided


WHERE :USM, Penang

Don't know Green Lung? Some of our activity and programmes, greenlung-saywhat-2011youth-conference

You just need to pay rm40(yet to cut down~searching for sponsorship) at the entrance and the rest we going to find sponsorship for you =D

Peratusan Anggota PDRM Mengikut Kaum

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, setelah lama xmenulis, dapat juga ak buat entry kali nie.

Baiklah, aku mulakan dengan peratusan anggota PDRM mengikut kaum di 
negara kita ni.


Pertama sekali, pernahkah korang semua terfikir tentang perkara nie?

Atau langsung tidak ambil peduli?

Jadi, hari ini ak nak share ngan korang semua la..
Nak tahu?

Usha kat page Mazidul Akmal Sidek .

Aku xleh nak copy fakta(bukan auta) ini, sebab itu hak dia..

Jadi, ape pendapat korang?


Saya harap mesej yang ingin saya sampaikan sudah jelas tercapai dek akal kita semua...
Fikir lah...
Sekian, terima kasih.

Tuesday 12 July 2011

-IKUT SUKA HATI KITA JE KAN- EDISI- BERTUDUNG



Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita ini adalah seorang manusia yang lemah, yang mempunyai hawa nafsu, yang mampu mendorong kita ke arah lembah yang hina.

Lebih-lebih lagi jika kita seorang Islam, kita mempunyai petunjuk kita yang tersendiri iaitu al-Quran dan As-Sunnah.

Jadi, disini saya terlintas satu dua perkara:

A. Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran korang jika tengok perempuan yang tidak bertudung walhal bertudung(menutup aurat) itu adalah wajib dalam Islam. Baiklah, sekarang kita usha quotes nie, mungkin juga kita pernah mengungkapkannya kepada seseorang….

“Kita, bila tengok orang yang tidak bertudung, macam-macam kita cakap.”

Cth…

“ Weh, dia tu tak pakai tudung la, konpem masuk neraka dia ni.”

Malah, lebih teruk lagi jika ayat ini di ungkapkan,

“ Alahai, kafir ke ape dia nie xpakai tudung(tutup aurat) ?”

Persoalannya:

1. Kita sedap-sedap duk kata orang tu masuk neraka la ape la, tapi diri kita bagaimana?

Mungkin ada yang akan berkata sebegini,

“Yela, memang la ak cakap dia masuk neraka la ape la, tapi ak tak cakap pon aku kompem masuk syurga, Cuma ak baik sikit je dari dia.”

Sungguhpun begitu, layakkah kita untuk mengatakan bahawa kita ini lebih baik dari seseorang hamba Allah..?? Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA….

2. Adakah kita layak menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang?

Ya ! Mungkin dia tidak bertudung, tapi dia masih lagi seorang Islam. Islam yang mungkin lemah atau kurang didikan agamanya.

Islam yang memerlukan perhatian, terutama dari kita sebagai rakan sebaya dan orang sekeliling.

Bersama-samalah kita mendoakan agar beliau dan diri kita sendiri mendapat hidayah darinya.

AMIN.

haaaa, nia dia, cite yang bakal meletup macam nur kasih.

B. Bagaimana pula dengan mereka yang bertudung, tetapi tidak menutupi sepenuhnya aurat mereka?

Dan, mungkin ini yang akan kita dengari.

Alahai dia ni, pakai tudung pun macam tu, Nampak sana, Nampak sini, baik tak payah pakai terus kalau macam tu.”

Apakah agakknya yang mereka rasakan jika mereka terdengar omelan ini? Mungkin kita berniat untuk bergurau, adakah kita mejaga hati dan perasaan mereka?

Dan jika setelah itu dia melakukan perkara yang lenih teruk, maka kitalah yang akan berdosa kerana kita adalah penyebabnya.

ya, inilah dato siti.. ak letak gmbar nie sebab ak minat dia, dan juge sebagai sample...

KESIMPULAN.

Ini sememangnya adalah lumrah hidup manusia . Selalu tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan juga dengan orang lain. Orang tak bertudung pon kena hentam, yang pakai tapi xlengkap pon kena juga. Macam mana tu? Betulkah pendekatan kita untuk mengamalkan amar makruf nahi munkar??

Sempurna sangatkah kita nie?

Kalaulah fenomena sebegini berterusan, bagaimana bangsa dan agama kita nak maju dan ditegakkan? Seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kita.

Jadi, disini haruslah kita beringat, kawan saya pernah berkata
,
“ Lih, orang pompuan yang bertudung ni tak semestinya sempurna walaupun pada luarnya kita lihat dia adalah yang terbaik dari pelbagai aspek, ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri.

Lepastu, orang yang tak pakai tudung nie janganlah kita ingat dia jahil tukil ape semua, mereka juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini adalah slah satu daripadanya.

Tapi, kau kena ingat, orang yang tidak bertudung ini mungkin 100x lebih  baik dari pelbagai aspek berbanding orang yang bertudung lengkap itu.”

Tersebut adalah pengalaman saya dan juga rakan saya sendiri.

Jadi, saya disini bukanlah ingin menghalalkan apa yang haram, Cuma saya ingin kita, sebagai orang sekeliling, komuniti sedar akan situasi yang berlaku ini. Ini adalah tujuan utama saya sebenarnya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berusaha untuk beri nasihat dan peringatan disamping berdoa untuk kebaikan diri sendiri…

-SEKIAN-


Monday 11 July 2011

Jika Kau....

 Assalamualaikum wbt…

-JIKA KAU-

Entry saya pada kali ini adalah berkisarkan nasihat, teguran dan peringatan semata-mata terutama kepada semua sahabat dan juga semua saudara Islam yang lain.

- Bismillahirrahman Ar- Rahim..

Jika kau berkata seseorang itu bodoh, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat lagi kelompok yang lebih BODOH dari orang yang kau maksudkan itu.

DAN !

Tidak mustahali sama sekali jika engkau tergolong dalam kelompok tersebut.
Jika kau berkata seseorang itu kejam, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat golongan yang lebih kejam dari itu.

DAN !

Sekali lagi tidak mustahil jika kau tergolongan dalam golongan yang lebih KEJAM itu.!


Jika kau menuduh seseorang itu tidak layak menjadi pemimpin, maka ingatlah masih lagi terdapat golongan yang langsung tidak layak menjadi PEMIMPIN.

DAN !

Tidak mustahil jika kau tergolong dalam golongan tersebut. Jadi, soallah diri kita sendiri, “Adakah aku ini layak menjadi pemimpin? Samada memimpin diriku sendiri, keluarga ku, adik beradikku, malah anak isteriku???”

Ya Allah !! Layakkah kau???!!

Layakkah kita???!!

Tepuk dada Tanya selera.

Jika kau berkata seseorang itu tersangatlah BAIK dan MULIA budi pekertinya, sesungguhnya haruslah kau ingat bahawa masih lagi terdapat golongan yang lebih baik dan mulia darinya.

DAN !

Tidak mustahil juga untuk kau tergolong dalam golongan tersebut. Ya ! Kita berhak untuk menjadi seperti itu, tapi sekali lagi, LAYAKkah kita ??

Jadi, disini dapat saya simpulkan bahawa untuk menjadi seseorang bukanlah mudah. Sebelum kita membuat penilaian melulu terhadap orang lain, maka pastikanlah diri kita terlebih dahulu mempunyai personaliti yang ingin dinilaikan itu.



Sehingga berjumpa lagi.


P/S: maaf jika ada terkasar bahasa..
:)

Sunday 10 July 2011

Deaktif .....

Perlukah?


Mengapakah?

Semuanya terpulang kepada saudara saudari sekalian untuk menilai keputusan yang saya buat ini. Hal ini kerana kita sememangnya mempunyai pelbagai pandangan bukan?

Ya ! Sudah semestinya.

Sememangnya semenjak dua menjak nie memang banyak perkara yang telah berlaku. Malah ia telah membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Jadi, bagi mengelakkan lebih banyak keburukan yang melanda, inilah langkah yang terbaik aku rasa.

Jadi kesimpulannya, blog menjadi medan perhubungan aku selain facebook buat sedikit masa ini.

Terima kasih daun keladi.,

p/s: kalau urgent sangat, siapa yang ada nombor telefon gua, mesej je..
J


Saturday 9 July 2011

SABAR

x t a h u n a k k a t a a p a s e k a r a n g

Kembar Aku...

Kembar aku.

Maka, suatu ketika dahulu tersebutlah kisah beberapa orang pemuda yang kacak lagi bajet bergaya dengan murninya ingin meneruskan legasi senior mereka di salah sebuah universiti.

ps: mereka nie lain mak, lain bapa, dan ada ibu bapa masing-masing.
Apakah legasi yang dimaksudkan itu?

….. Komander Kesatria UiTM Puncak Alam …..


Setelah pelbagai dugaan dan halangan yang telah mereka lalui, akhirnya, impian dan niat mereka selangkah kearah menjadi satu reality.
Segala perit jerih yang kami tempuhi adalah berdasarkan satu, satu, satu,
iaitu

…. kerjasama ….

Kami dilahirkan bersama-sama, walaupun ada antara kami yang umurnya berbeza, tapi, hakikat menyatakan bahawa kami telah lahir serentak menerusi satu latihan..
Latihan yang dinamakan sebagai..

---> Latihan Intensif <-----

Lahirnya kami, sebagai satu “intake” menjadikan kami satu saudara, saudara yang lain daripada yang lain, dan kamilah KEMBAR.

Kami juga adik beradik, kerjasama menjadi asas kami, mental dan fizikal kami teruji, namun, sedikitpun tidak goyah dek kerana kami kembar,

Kami bukan kembar satu, dua, atau tiga, tapi kami kembar sebelas! Ya, sebelas.

Tidak lain dan tidak bukan iaitu, aku, akim, hafiz, adzry, syamil, soleh, amir, didi, lokman, salleh dan juga izzudin.


Dan ingatlah, setinggi langit dan bumi pun jua perbezaan kita, kita tetap satu keluarga.

Dan, aku sangat gembira dapat mengenali kamu semua…..

intake 45