Friday, 26 September 2014

Komander Kesatria-Kenangan With Komander Puncak





"ONCE COMMANDER, FOREVER COMMANDER" itulah ungkapan yang sering digunakan oleh komander untuk mengekalkan semangat jitu mereka. Tapi sayangnya bagi aku, aku tak layak menggunakan ungkapan tersebut kerana perjuangan aku hanyalah separuh jalan sahaja. Pelbagai halangan, rintangan, dugaan dan cabaran pahit getir telah aku dan mereka semua tempuhi sepanjang bergelar komander. 

Namun, takdir telah menentukan segalanya, Pada Februari 2013 aku telah membuat keputusan yang besar dalam hidup aku setelah aku membuat keputusan untuk meninggalkan komander puncak atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. Dan ini merupakan antara isu aku yang paling besar menjelang semester 6. Tapi ku gagahkan jua, demi kepentingan bersama malah tidak merugikan mana-mana pihak. 

[cite panas ni, tapi melodi tak datang cari aku pun, hgahhahaha]

Setelah menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa, kesuluruhan hidupku dan my lifestyle berubah 200% dan alhamdulillah melalui perubahan yang positif. Aku mula belajar erti kehidupan dan menjadikannya sebagai pengalaman buat bekalan pada masa akan datang.

Bermula pada Disember 2010, sehingga Januari 2013, lebih dua tahun aku bersama Komander. Kasih sayangku dan ikatan sesama kami semakin kuat. Namun, takdir telah menentukan. Walaupun begitu, ak bukannya melupan komander 200%, malah aku sentiasa update tentang mereka.Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat komander puncak!!!!

Next Step Selepas Tamat Belajar

Bila result final dah keluar, korang akan mula pening kepala sebb mcm2 perlu diselesaikan.

1. BLESS
Untuk tahun 2014, sistem bless ni baru saje diperkenalkan oleh KKM. In our case, Lembaga Farmasi lah.... Nak faham cara nk isi bless ni bukannya mudah, pertama sekali, bila result dah keluar, korang kena mintak mini transkrip dengan fakulti. Lepastu,boleh isi bless ikut langkah yang telah ditetapkan. Dan jangan lupa untuk fotostat dan SAHKAN IC dan transcript korang, MESTI disahkan oleh Pegawai GRED A sahaja.... As in my case, i mohon lesen untuk PRP la, then kena la attach salinan IC dan transcript yg telah disahkan tu, then upload and send and tunggu la surat pelantikan bersyarat dari mereka......Fuhh, rumit..

2. Lapor diri kepada JPA (jika menerima biasiswa penuh dari JPA)
Setelah sembang dengan pejabat fakulti, diaorg dah decide yang diaorg akan tlg kite lapor diri kepada JPA, so jgn risau la.. Setel satu hal.

3, Konvokesyen
Aihhh, yg ni pon serbaut jugak ni, bukan ape sbb byak telan duit, paham2 sendiri la, mana nk kna byr yuran convo lagi, sewa jubah lagi, etc. Pengangkutan, peningapan bla bla bla.. Tapi redah je la..... YG mana mampu tu, FAMO boleh sponsor.. huhu..

SEKIAN....

Attachment sepanjang Pengajian Degree Farmasi UiTM

Ok, untuk pengetahuan korang semua, dan adik adik sekalian, sepanjang lapan semester pengajian, korang akan disajikan dengan 3 attachment yang sangat sangat sangat bermakna di hospital hospital yang terpilih.... Pasal transport jangan risau, mmg naik bas UiTM je, senang..

Antara Hospital yang terlibat dalam attachment korang adalah:

Hospital Sungai Buloh
Hospital Selayang
Hospital Kajang
Hospitar Tengku Ampuan Rahimah Klang HTAR
Hospital Tunku Jaafar Seremban
Hospital Serdang
Hospital Ampang
Hospital Kuala Lumpur
Hospital Putrajaya
dan ade beberapa lagi, aku tak ingat.

Ok! Semuanya bermula semasa korang semester 6, semester tujuh dan seterusnya semester 8. hahahaha...

Setiap sem makin mencabar, yet interesting lol...

ENJOY!