Tuesday 12 July 2011

-IKUT SUKA HATI KITA JE KAN- EDISI- BERTUDUNG



Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita ini adalah seorang manusia yang lemah, yang mempunyai hawa nafsu, yang mampu mendorong kita ke arah lembah yang hina.

Lebih-lebih lagi jika kita seorang Islam, kita mempunyai petunjuk kita yang tersendiri iaitu al-Quran dan As-Sunnah.

Jadi, disini saya terlintas satu dua perkara:

A. Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran korang jika tengok perempuan yang tidak bertudung walhal bertudung(menutup aurat) itu adalah wajib dalam Islam. Baiklah, sekarang kita usha quotes nie, mungkin juga kita pernah mengungkapkannya kepada seseorang….

“Kita, bila tengok orang yang tidak bertudung, macam-macam kita cakap.”

Cth…

“ Weh, dia tu tak pakai tudung la, konpem masuk neraka dia ni.”

Malah, lebih teruk lagi jika ayat ini di ungkapkan,

“ Alahai, kafir ke ape dia nie xpakai tudung(tutup aurat) ?”

Persoalannya:

1. Kita sedap-sedap duk kata orang tu masuk neraka la ape la, tapi diri kita bagaimana?

Mungkin ada yang akan berkata sebegini,

“Yela, memang la ak cakap dia masuk neraka la ape la, tapi ak tak cakap pon aku kompem masuk syurga, Cuma ak baik sikit je dari dia.”

Sungguhpun begitu, layakkah kita untuk mengatakan bahawa kita ini lebih baik dari seseorang hamba Allah..?? Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA….

2. Adakah kita layak menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang?

Ya ! Mungkin dia tidak bertudung, tapi dia masih lagi seorang Islam. Islam yang mungkin lemah atau kurang didikan agamanya.

Islam yang memerlukan perhatian, terutama dari kita sebagai rakan sebaya dan orang sekeliling.

Bersama-samalah kita mendoakan agar beliau dan diri kita sendiri mendapat hidayah darinya.

AMIN.

haaaa, nia dia, cite yang bakal meletup macam nur kasih.

B. Bagaimana pula dengan mereka yang bertudung, tetapi tidak menutupi sepenuhnya aurat mereka?

Dan, mungkin ini yang akan kita dengari.

Alahai dia ni, pakai tudung pun macam tu, Nampak sana, Nampak sini, baik tak payah pakai terus kalau macam tu.”

Apakah agakknya yang mereka rasakan jika mereka terdengar omelan ini? Mungkin kita berniat untuk bergurau, adakah kita mejaga hati dan perasaan mereka?

Dan jika setelah itu dia melakukan perkara yang lenih teruk, maka kitalah yang akan berdosa kerana kita adalah penyebabnya.

ya, inilah dato siti.. ak letak gmbar nie sebab ak minat dia, dan juge sebagai sample...

KESIMPULAN.

Ini sememangnya adalah lumrah hidup manusia . Selalu tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan juga dengan orang lain. Orang tak bertudung pon kena hentam, yang pakai tapi xlengkap pon kena juga. Macam mana tu? Betulkah pendekatan kita untuk mengamalkan amar makruf nahi munkar??

Sempurna sangatkah kita nie?

Kalaulah fenomena sebegini berterusan, bagaimana bangsa dan agama kita nak maju dan ditegakkan? Seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kita.

Jadi, disini haruslah kita beringat, kawan saya pernah berkata
,
“ Lih, orang pompuan yang bertudung ni tak semestinya sempurna walaupun pada luarnya kita lihat dia adalah yang terbaik dari pelbagai aspek, ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri.

Lepastu, orang yang tak pakai tudung nie janganlah kita ingat dia jahil tukil ape semua, mereka juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini adalah slah satu daripadanya.

Tapi, kau kena ingat, orang yang tidak bertudung ini mungkin 100x lebih  baik dari pelbagai aspek berbanding orang yang bertudung lengkap itu.”

Tersebut adalah pengalaman saya dan juga rakan saya sendiri.

Jadi, saya disini bukanlah ingin menghalalkan apa yang haram, Cuma saya ingin kita, sebagai orang sekeliling, komuniti sedar akan situasi yang berlaku ini. Ini adalah tujuan utama saya sebenarnya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berusaha untuk beri nasihat dan peringatan disamping berdoa untuk kebaikan diri sendiri…

-SEKIAN-


4 comments:

  1. celah mana jahat pon pmpuan yg ttp aurat, sekurang2 nya dia ttp aurat gak.. lebih baik dari yg x ttp aurat.. perintah Allah xkenal jahat ke baik ke.. 2 kita kena igt sebelum ckp apa2..

    ReplyDelete
  2. haaaa....
    tu la yang ak nak sampaikan...
    :)

    ReplyDelete