Saturday 9 July 2011

Kembar Aku...

Kembar aku.

Maka, suatu ketika dahulu tersebutlah kisah beberapa orang pemuda yang kacak lagi bajet bergaya dengan murninya ingin meneruskan legasi senior mereka di salah sebuah universiti.

ps: mereka nie lain mak, lain bapa, dan ada ibu bapa masing-masing.
Apakah legasi yang dimaksudkan itu?

….. Komander Kesatria UiTM Puncak Alam …..


Setelah pelbagai dugaan dan halangan yang telah mereka lalui, akhirnya, impian dan niat mereka selangkah kearah menjadi satu reality.
Segala perit jerih yang kami tempuhi adalah berdasarkan satu, satu, satu,
iaitu

…. kerjasama ….

Kami dilahirkan bersama-sama, walaupun ada antara kami yang umurnya berbeza, tapi, hakikat menyatakan bahawa kami telah lahir serentak menerusi satu latihan..
Latihan yang dinamakan sebagai..

---> Latihan Intensif <-----

Lahirnya kami, sebagai satu “intake” menjadikan kami satu saudara, saudara yang lain daripada yang lain, dan kamilah KEMBAR.

Kami juga adik beradik, kerjasama menjadi asas kami, mental dan fizikal kami teruji, namun, sedikitpun tidak goyah dek kerana kami kembar,

Kami bukan kembar satu, dua, atau tiga, tapi kami kembar sebelas! Ya, sebelas.

Tidak lain dan tidak bukan iaitu, aku, akim, hafiz, adzry, syamil, soleh, amir, didi, lokman, salleh dan juga izzudin.


Dan ingatlah, setinggi langit dan bumi pun jua perbezaan kita, kita tetap satu keluarga.

Dan, aku sangat gembira dapat mengenali kamu semua…..

intake 45

No comments:

Post a Comment