Wednesday 2 January 2013

Lagi-lagi Study Week

ASSALAMUALAIKUM...

Almaklumlah sekarang ni musim study week kan. Bila buka FB je, ramailah yang bercerita, post, complain dan macam-macam lagilah berkaitan study week ni, terutamanya apa yang mereka buat semasa tempoh ni.
Jadi, normal lah kan kalau lagu tu, kita ni kan manusia biasa je. 

Sekarang ni, kita out of topik jap.  Boleh?
Jikalau kita perhatikan, mungkin ada antara kita atau sahabat-sahabat yang memanfaatkan study week ni untuk mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA, yakni ALLAH SWT. Tetapi, setakat manakah?

Sehubungan dengan itu, ramai jugak lah yang men-post status-status yang dapat mendekatkan diri dan pada masa yang sama mengingatkan antara kita yang lalai dan alpa ni kepada Allah. Alhamdulillah.

buang yang keruh, ambil yang jernih.
  Dan, juga mungkin tanpa kita sedari, study week jugalah yang telah memecahkan tembelang kita. Kenapa? Tepuk dada, tanya selera.

Jikalau nak dibandingkan, ilmu saya sangatlah sedikit, tidak setanding dengan sahabat-sahabat yang lain yang lebih arif tentang hukum hakam agama. Oleh kerana itu, saya hanya mampu bersikap neutral. Pada masa ini jugalah kita dapat menganalisa diri kita yang sebenarnya. Istiqamahkah kita dalam apa jua perkara yang kita ungkapkan? zahirkan? Mungkin ada yang terlupa bahawa setiap gerak-geri mereka mungkin diperhatikan.

Dan saya tidak berniat untuk direct, tapi cukuplah sekadar untuk mengingatkan diri sendiri.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. AMIN.


No comments:

Post a Comment