Assalamualaikum wbt.
Entri ini adalah merupakan edisi kedua bagi menjelaskan arah tuju yang sepatutnya di pilih oleh adik-adik yang baru sahaja menamatkan setahun pembelajaran mereka sebagai pelajar Asasi atau Matrik (ada je yang matrik 2 tahun).
Mesti ada antara anda semua yang terfikir-fikir kemana nak sambung belajar selepas ini kan? Jadi, sebelum membuat sebarang keputusan, eloklah kita menunaikan solat sunat Istikharah terlebih dahulu agar dapat memohon diberikan petunjuk yang benar dari Yang Maha Pencipta.
Berpengalaman sebagai seorang bekas pelajar Asasi Sains UiTM Shah Alam 2009/2010, skop yang boleh kita pergi amatlah luas. Contohnya seperti bidang sains kesihatan, sains gunaan, farmasi, medikal, pergigian, matematik dan sebagainya.
Juga sebagai seorang pelajar tahun 3 Ijazah Farmasi, saya amat menggalakkan anda semua terutamanya pelajar-pelajar lelaki untuk join bidang farmasi. Hal ini kerana, hampir 85-90% pelajar farmasi dimonopoli oleh golongan perempuan. Persaingan anda untuk mendapat tempat amatlah rendah jika nak dibandingkan dengan pelajar perempuan. Jangan teragak-agak untuk memilih Farmasi sebagai pilihan pertama anda dalam UPU nanti.
|
Pelajar Intake ke 8 Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam
|
Sebagai bukti, lihatlah gambar di atas, berapa kerat sahaja pelajar lelaki yang bakal menjadi ahli farmasi pada masa akan datang........
"UiTM DIHATIKU"