Tuesday, 16 October 2012

Photoscape. Software apa ni?

Hai dan selamat sejahtera.


Entry pada kali ini adalah sesuai untuk orang-orang yang macam aku lah, yang tak tahu apa-apa pasal IT. Contohnya, software Photoscape ni. 
HAHA.
Ok lah, untuk pengetahuan korang, software ni free je, boleh download kat internet, search sahaja kat Google. Jangan risau.


Gambar di atas ni adalah contoh yang aku ambil dalam PC ak nie. Simple je.
Jadi, antara fungsi Photoscape adalah :

1. Editor - untuk kita edit gambar. Kalau dah expert, mmg lawa jadiknya. Kalau tak expert pun xpe, boleh belajar..

2. Page - biasanya digunakan untuk gabung gambar kita byak-banyak jadi satu muka.
3. Animated gif - untuk buat animasi bergerak dalam format gif. 

4. Splitter - pecahkan gambar-gambar korang
5. Screen Capture - haaa.. ni antara yang paling penting la. Jadi korang boleh la tangkap gambar skrin laptop atau pc korang, terutamanya kepada siapa yang berminat nak buat tutorial...

Ok la. Itu sahaja serba sedikit..
Terima kasih.

Hala Tuju Selepas ASASI/MATRIK 2.0

Assalamualaikum wbt.

Entri ini adalah merupakan edisi kedua bagi menjelaskan arah tuju yang sepatutnya di pilih oleh adik-adik yang baru sahaja menamatkan setahun pembelajaran mereka sebagai pelajar Asasi atau Matrik (ada je yang matrik 2 tahun).

Mesti ada antara anda semua yang terfikir-fikir kemana nak sambung belajar selepas ini kan? Jadi, sebelum membuat sebarang keputusan, eloklah kita menunaikan solat sunat Istikharah terlebih dahulu agar dapat memohon diberikan petunjuk yang benar dari Yang Maha Pencipta.

Berpengalaman sebagai seorang bekas pelajar Asasi Sains UiTM Shah Alam 2009/2010, skop yang boleh kita pergi amatlah luas. Contohnya seperti bidang sains kesihatan, sains gunaan, farmasi, medikal, pergigian, matematik dan sebagainya.

Juga sebagai seorang pelajar tahun 3 Ijazah Farmasi, saya amat menggalakkan anda semua terutamanya pelajar-pelajar lelaki untuk join bidang farmasi. Hal ini kerana, hampir 85-90% pelajar farmasi dimonopoli oleh golongan perempuan. Persaingan anda untuk mendapat tempat amatlah rendah jika nak dibandingkan dengan pelajar perempuan. Jangan teragak-agak untuk memilih Farmasi sebagai pilihan pertama anda dalam UPU nanti.

Pelajar Intake ke 8 Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam


Sebagai bukti, lihatlah gambar di atas, berapa kerat sahaja pelajar lelaki yang bakal menjadi ahli farmasi pada masa akan datang........

"UiTM DIHATIKU"

Wednesday, 10 October 2012

FIESTA NOSTALGIA 2.0 2012

21 OKTOBER 2012

Satu program kebudayaan bakal dianjurkan oleh pelajar Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam. Ini merupakan kali kedua program ini diadakan....

antara acara menarik yang dipertandingkannnnn...:))


JADI, KEPADA SEMUA WARGA FARMASI, SENIOR MAHUPUN JUNIOR, MEH LA KITA SAMA-SAMA MENYOKONG PROGRAM INI !