Saturday, 22 September 2012

Re"UMMA"fication 2012

Alhamdulillah..
Satu program kesedaran telahpun dilaksanakan oleh Persatuan Rakan Masjid UiTM Puncak Alam pada kali ini....

Terdapat pelbagai perkara yang diatur dan kebanyakannya telah memberikan impak yang berlainan kepada setiap individu. Namun, motif utama program ini adalah dengan harapan kita dapat bersatu sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W bagi membanteras sebarang penghinaan terhadap baginda.

Tidak lupa juga sambutan yang diterima amatlah menggalakkan...


Alhamdulillah, jadi saya menyeru agar marilah kita sama-sama mencintai Rasulullah sebagaimana baginda mencintai kita, Umatnya..

InshaAllah...

Surah Al Falaq

Untuk Tatapan Kita Semua... InshaAllah...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
aku berlindung kepada Allah tuhan yg menciptakan sekalian makluk ..
dari bencana makluk2 yang dia ciptakan ..
dari bahaya gelap apabila ia masuk ..
dari kejahatan makluk2 yang menhembus2 pada simpulan2 ..
serta dari kejahatan orang yg dengki apabila dia melakukan dengkinya ..


Amin...

Monday, 9 July 2012

Peperiksaan Akhir Semester 4 2012

cenggini la meja kalau dah musim peperiksaan.

Alhamdulillah, untuk semua pelajar UiTM seluruh Malaysia telah pun bermula peperiksaan akhir untuk pengajian masing2...

Banyak perkara kebiasaan yang berlaku pada musim peperiksaaan ini. Semuanya diluar jangka dan pelik-pelik. Tetapi, kita haruslah berwaspada dengan setiap tindakan kita kerana mengikut kajian saya yang tidak seberapa, bila musim peperiksaan saja semua akan menjadi sensitif, lebih sensitif dari pohon semalu...

Perangai dan sikap juga berubah sama sekali. Pada kemasukan (entri) akan datang, saya akan cuba untuk menghuraikan segala kekusutan yang melanda ini...