Monday 25 July 2011

Photoscape. Software apa ni?

Hai dan selamat sejahtera.


Entry pada kali ini adalah sesuai untuk orang-orang yang macam aku lah, yang tak tahu apa-apa pasal IT. Contohnya, software Photoscape ni. 
HAHA.
Ok lah, untuk pengetahuan korang, software ni free je, boleh download kat internet, search sahaja kat Google. Jangan risau.


Gambar di atas ni adalah contoh yang aku ambil dalam PC ak nie. Simple je.
Jadi, antara fungsi Photoscape adalah :

1. Editor - untuk kita edit gambar. Kalau dah expert, mmg lawa jadiknya. Kalau tak expert pun xpe, boleh belajar..

2. Page - biasanya digunakan untuk gabung gambar kita byak-banyak jadi satu muka.
3. Animated gif - untuk buat animasi bergerak dalam format gif. 

4. Splitter - pecahkan gambar-gambar korang
5. Screen Capture - haaa.. ni antara yang paling penting la. Jadi korang boleh la tangkap gambar skrin laptop atau pc korang, terutamanya kepada siapa yang berminat nak buat tutorial...

Ok la. Itu sahaja serba sedikit..
Terima kasih.

Friday 22 July 2011

Green Lung Capacity Building

credit to Green Lung Facebook 


What? Green Lung Capacity Building Camp 1



When? 27 – 29th of JULY

For? To synchronize the philosophy of Green Lung among these universities
and to equip participants with skills required such as leadership skills
fundraising and media engagement.

5 TALKS

Talk 1 : Leadership skills : Too many bosses, too few leaders
Talk 2: Media Engagement and Marketing: Shout out your Green Lungs!
Talk 3 : Fundraising & Financial Management: Money! Money! Money!
Talk 4: Spoken and Written Communication Skills: Say it Right, Write it Nice
Talk 5: Project Management & Proposal Writing: Start from ABC

Experienced speakers from myharapan and etc etc



5 BRAIN STORM SESSIONS


Outing around Penang island~ fun and excitementguaranteed


Accommodation: Provided
Food: Provided
Transportation : shuttle service to and fro penang bus terminal will be provided


WHERE :USM, Penang

Don't know Green Lung? Some of our activity and programmes, greenlung-saywhat-2011youth-conference

You just need to pay rm40(yet to cut down~searching for sponsorship) at the entrance and the rest we going to find sponsorship for you =D

Peratusan Anggota PDRM Mengikut Kaum

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, setelah lama xmenulis, dapat juga ak buat entry kali nie.

Baiklah, aku mulakan dengan peratusan anggota PDRM mengikut kaum di 
negara kita ni.


Pertama sekali, pernahkah korang semua terfikir tentang perkara nie?

Atau langsung tidak ambil peduli?

Jadi, hari ini ak nak share ngan korang semua la..
Nak tahu?

Usha kat page Mazidul Akmal Sidek .

Aku xleh nak copy fakta(bukan auta) ini, sebab itu hak dia..

Jadi, ape pendapat korang?


Saya harap mesej yang ingin saya sampaikan sudah jelas tercapai dek akal kita semua...
Fikir lah...
Sekian, terima kasih.

Tuesday 12 July 2011

-IKUT SUKA HATI KITA JE KAN- EDISI- BERTUDUNG



Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita ini adalah seorang manusia yang lemah, yang mempunyai hawa nafsu, yang mampu mendorong kita ke arah lembah yang hina.

Lebih-lebih lagi jika kita seorang Islam, kita mempunyai petunjuk kita yang tersendiri iaitu al-Quran dan As-Sunnah.

Jadi, disini saya terlintas satu dua perkara:

A. Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran korang jika tengok perempuan yang tidak bertudung walhal bertudung(menutup aurat) itu adalah wajib dalam Islam. Baiklah, sekarang kita usha quotes nie, mungkin juga kita pernah mengungkapkannya kepada seseorang….

“Kita, bila tengok orang yang tidak bertudung, macam-macam kita cakap.”

Cth…

“ Weh, dia tu tak pakai tudung la, konpem masuk neraka dia ni.”

Malah, lebih teruk lagi jika ayat ini di ungkapkan,

“ Alahai, kafir ke ape dia nie xpakai tudung(tutup aurat) ?”

Persoalannya:

1. Kita sedap-sedap duk kata orang tu masuk neraka la ape la, tapi diri kita bagaimana?

Mungkin ada yang akan berkata sebegini,

“Yela, memang la ak cakap dia masuk neraka la ape la, tapi ak tak cakap pon aku kompem masuk syurga, Cuma ak baik sikit je dari dia.”

Sungguhpun begitu, layakkah kita untuk mengatakan bahawa kita ini lebih baik dari seseorang hamba Allah..?? Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA….

2. Adakah kita layak menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang?

Ya ! Mungkin dia tidak bertudung, tapi dia masih lagi seorang Islam. Islam yang mungkin lemah atau kurang didikan agamanya.

Islam yang memerlukan perhatian, terutama dari kita sebagai rakan sebaya dan orang sekeliling.

Bersama-samalah kita mendoakan agar beliau dan diri kita sendiri mendapat hidayah darinya.

AMIN.

haaaa, nia dia, cite yang bakal meletup macam nur kasih.

B. Bagaimana pula dengan mereka yang bertudung, tetapi tidak menutupi sepenuhnya aurat mereka?

Dan, mungkin ini yang akan kita dengari.

Alahai dia ni, pakai tudung pun macam tu, Nampak sana, Nampak sini, baik tak payah pakai terus kalau macam tu.”

Apakah agakknya yang mereka rasakan jika mereka terdengar omelan ini? Mungkin kita berniat untuk bergurau, adakah kita mejaga hati dan perasaan mereka?

Dan jika setelah itu dia melakukan perkara yang lenih teruk, maka kitalah yang akan berdosa kerana kita adalah penyebabnya.

ya, inilah dato siti.. ak letak gmbar nie sebab ak minat dia, dan juge sebagai sample...

KESIMPULAN.

Ini sememangnya adalah lumrah hidup manusia . Selalu tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan juga dengan orang lain. Orang tak bertudung pon kena hentam, yang pakai tapi xlengkap pon kena juga. Macam mana tu? Betulkah pendekatan kita untuk mengamalkan amar makruf nahi munkar??

Sempurna sangatkah kita nie?

Kalaulah fenomena sebegini berterusan, bagaimana bangsa dan agama kita nak maju dan ditegakkan? Seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kita.

Jadi, disini haruslah kita beringat, kawan saya pernah berkata
,
“ Lih, orang pompuan yang bertudung ni tak semestinya sempurna walaupun pada luarnya kita lihat dia adalah yang terbaik dari pelbagai aspek, ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri.

Lepastu, orang yang tak pakai tudung nie janganlah kita ingat dia jahil tukil ape semua, mereka juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini adalah slah satu daripadanya.

Tapi, kau kena ingat, orang yang tidak bertudung ini mungkin 100x lebih  baik dari pelbagai aspek berbanding orang yang bertudung lengkap itu.”

Tersebut adalah pengalaman saya dan juga rakan saya sendiri.

Jadi, saya disini bukanlah ingin menghalalkan apa yang haram, Cuma saya ingin kita, sebagai orang sekeliling, komuniti sedar akan situasi yang berlaku ini. Ini adalah tujuan utama saya sebenarnya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berusaha untuk beri nasihat dan peringatan disamping berdoa untuk kebaikan diri sendiri…

-SEKIAN-


Monday 11 July 2011

Jika Kau....

 Assalamualaikum wbt…

-JIKA KAU-

Entry saya pada kali ini adalah berkisarkan nasihat, teguran dan peringatan semata-mata terutama kepada semua sahabat dan juga semua saudara Islam yang lain.

- Bismillahirrahman Ar- Rahim..

Jika kau berkata seseorang itu bodoh, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat lagi kelompok yang lebih BODOH dari orang yang kau maksudkan itu.

DAN !

Tidak mustahali sama sekali jika engkau tergolong dalam kelompok tersebut.
Jika kau berkata seseorang itu kejam, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat golongan yang lebih kejam dari itu.

DAN !

Sekali lagi tidak mustahil jika kau tergolongan dalam golongan yang lebih KEJAM itu.!


Jika kau menuduh seseorang itu tidak layak menjadi pemimpin, maka ingatlah masih lagi terdapat golongan yang langsung tidak layak menjadi PEMIMPIN.

DAN !

Tidak mustahil jika kau tergolong dalam golongan tersebut. Jadi, soallah diri kita sendiri, “Adakah aku ini layak menjadi pemimpin? Samada memimpin diriku sendiri, keluarga ku, adik beradikku, malah anak isteriku???”

Ya Allah !! Layakkah kau???!!

Layakkah kita???!!

Tepuk dada Tanya selera.

Jika kau berkata seseorang itu tersangatlah BAIK dan MULIA budi pekertinya, sesungguhnya haruslah kau ingat bahawa masih lagi terdapat golongan yang lebih baik dan mulia darinya.

DAN !

Tidak mustahil juga untuk kau tergolong dalam golongan tersebut. Ya ! Kita berhak untuk menjadi seperti itu, tapi sekali lagi, LAYAKkah kita ??

Jadi, disini dapat saya simpulkan bahawa untuk menjadi seseorang bukanlah mudah. Sebelum kita membuat penilaian melulu terhadap orang lain, maka pastikanlah diri kita terlebih dahulu mempunyai personaliti yang ingin dinilaikan itu.



Sehingga berjumpa lagi.


P/S: maaf jika ada terkasar bahasa..
:)

Sunday 10 July 2011

Deaktif .....

Perlukah?


Mengapakah?

Semuanya terpulang kepada saudara saudari sekalian untuk menilai keputusan yang saya buat ini. Hal ini kerana kita sememangnya mempunyai pelbagai pandangan bukan?

Ya ! Sudah semestinya.

Sememangnya semenjak dua menjak nie memang banyak perkara yang telah berlaku. Malah ia telah membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Jadi, bagi mengelakkan lebih banyak keburukan yang melanda, inilah langkah yang terbaik aku rasa.

Jadi kesimpulannya, blog menjadi medan perhubungan aku selain facebook buat sedikit masa ini.

Terima kasih daun keladi.,

p/s: kalau urgent sangat, siapa yang ada nombor telefon gua, mesej je..
J


Saturday 9 July 2011

SABAR

x t a h u n a k k a t a a p a s e k a r a n g

Kembar Aku...

Kembar aku.

Maka, suatu ketika dahulu tersebutlah kisah beberapa orang pemuda yang kacak lagi bajet bergaya dengan murninya ingin meneruskan legasi senior mereka di salah sebuah universiti.

ps: mereka nie lain mak, lain bapa, dan ada ibu bapa masing-masing.
Apakah legasi yang dimaksudkan itu?

….. Komander Kesatria UiTM Puncak Alam …..


Setelah pelbagai dugaan dan halangan yang telah mereka lalui, akhirnya, impian dan niat mereka selangkah kearah menjadi satu reality.
Segala perit jerih yang kami tempuhi adalah berdasarkan satu, satu, satu,
iaitu

…. kerjasama ….

Kami dilahirkan bersama-sama, walaupun ada antara kami yang umurnya berbeza, tapi, hakikat menyatakan bahawa kami telah lahir serentak menerusi satu latihan..
Latihan yang dinamakan sebagai..

---> Latihan Intensif <-----

Lahirnya kami, sebagai satu “intake” menjadikan kami satu saudara, saudara yang lain daripada yang lain, dan kamilah KEMBAR.

Kami juga adik beradik, kerjasama menjadi asas kami, mental dan fizikal kami teruji, namun, sedikitpun tidak goyah dek kerana kami kembar,

Kami bukan kembar satu, dua, atau tiga, tapi kami kembar sebelas! Ya, sebelas.

Tidak lain dan tidak bukan iaitu, aku, akim, hafiz, adzry, syamil, soleh, amir, didi, lokman, salleh dan juga izzudin.


Dan ingatlah, setinggi langit dan bumi pun jua perbezaan kita, kita tetap satu keluarga.

Dan, aku sangat gembira dapat mengenali kamu semua…..

intake 45

Tuesday 5 July 2011

Spek Hitam... Bahaya ke?

Tadi masa tengah tengok cite DEWA CINTA, tiba-tiba terfikir pulak pasal spek aka kaca mata hitam nie... Bukan apa, kalut duk tengok pelakon-pelakon tu pakai spek (izinkan sy guna perkataan ini) hitam drive sana sini kan, so, terfikir la pula, bahaya ke tak kan benda nie...

Ok la, kalo ikutkan, memang la NAMPAK kacak, cantik dan bergaya kalau pakai spek tu, tapi, saya rasa ianya tersangat bahaya la... Tak tahu kenapa...

Ye la, sebab saya kalau drive mmg tak pernah pakai spek tu... Malah, xde pon... Haahahahaha...

Mungkin sebab saya nie rabun jauh kot, sebab tu la rasa bahaya kalau pakai spek gelap tu... Ye la, cuba bayangkan...

"Rabun dua-dua mata power almost 300, pakai pulak spek gelap, mmg xnampak apa-apa la..."
Adoi, bahaya kan?
haha..
Sebab itu la saya tak pernah pakai...
Kalau drive malam-malam lagi la, mmg xnampak la !
Jadi, kalau kamu semua rasa tak rabun, boleh la pakai, sebab korang semua memang layak menjadi seorang yang kacak dan cantik !!!
(Kecantikan adalah hak milik setiap insan)

AAAUUUMMMMM !!!


Saturday 2 July 2011

Berbaloikah ?

Hari ni bangun awal-awal pagi lagi.... Lepastu, tak tidur pulak tu.... (sebab biasa tido balik kan), hahaha..
tapi, nak jadikan cerita, pagi-pagi lagi umah nie tak de air..
Fuuuhhhh, naik tension jugak la...

Lepastu, siap-siap nak balik kampung la nie, kat Besut, Jertih... Adoiii, mau sejam juge dari umah nie... Kononnya nak pergi kutip buah durian laa (memang pon).

Sebelum tu, memang ak dah rasa xsedappp ati da nak drive sorg2 nie, tapi, tahan jugak la.. Setengah jam drive, tup-tup, satu benda yang paling x disukai oleh semua orang,

iaitu......

JALAN JEM !!

Tapi xpela, ingatkan kejap je, sabar dulu kan.. Tapi, begitu besar dugaannya apabila sangkut kat sana mau 3JAM BEB !!
Pehhh, memang berasap la gua.. Dengan minyak kete lagi kat tahap kritikal, mmg tak boley blaaaa la....
Macam cacing kepanasan daa......
Ni gambar jem tu,

Haaaaa, mau berasap beb... Tapi, sabar la kan... Boleh pupuk kesabaran kita... 
Haaaaaa, cite balik pasal tujuan balik kampung tadi, semata-mata nak kutip durian. Bukan ape, sekarang kan musim buah, so, mmg busy la... haha...
Ak bet korang pon same kan..

AKHIRNYA..., dapat la juge hasilnyaaa.. Haaaa, ni diaaa... Alhamdulillah rezeki..

durian

Amacam, ok ?? Adoi.. !! Lupa, xsampai ending lagi nie, cube teka apa yg berlaku masa otw balik umah????
JEM lagi boh !!! Adoii....
Xpelaaa, ambo bersabar je...
Lega dan syukur bila dapat sampai umah...
Panjang betul cerita....
So, bagi ak, berbaloi juge la... Daripada membazir je buah tu, xde orang kutip kan..... KORANG RASA?


TAMAT dah...
~bye-bye~



ps: maaf la kalu kata ganti nama diri bercampur-campur ye,