Monday 11 July 2011

Jika Kau....

 Assalamualaikum wbt…

-JIKA KAU-

Entry saya pada kali ini adalah berkisarkan nasihat, teguran dan peringatan semata-mata terutama kepada semua sahabat dan juga semua saudara Islam yang lain.

- Bismillahirrahman Ar- Rahim..

Jika kau berkata seseorang itu bodoh, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat lagi kelompok yang lebih BODOH dari orang yang kau maksudkan itu.

DAN !

Tidak mustahali sama sekali jika engkau tergolong dalam kelompok tersebut.
Jika kau berkata seseorang itu kejam, sesungguhnya ingatlah bahawa terdapat golongan yang lebih kejam dari itu.

DAN !

Sekali lagi tidak mustahil jika kau tergolongan dalam golongan yang lebih KEJAM itu.!


Jika kau menuduh seseorang itu tidak layak menjadi pemimpin, maka ingatlah masih lagi terdapat golongan yang langsung tidak layak menjadi PEMIMPIN.

DAN !

Tidak mustahil jika kau tergolong dalam golongan tersebut. Jadi, soallah diri kita sendiri, “Adakah aku ini layak menjadi pemimpin? Samada memimpin diriku sendiri, keluarga ku, adik beradikku, malah anak isteriku???”

Ya Allah !! Layakkah kau???!!

Layakkah kita???!!

Tepuk dada Tanya selera.

Jika kau berkata seseorang itu tersangatlah BAIK dan MULIA budi pekertinya, sesungguhnya haruslah kau ingat bahawa masih lagi terdapat golongan yang lebih baik dan mulia darinya.

DAN !

Tidak mustahil juga untuk kau tergolong dalam golongan tersebut. Ya ! Kita berhak untuk menjadi seperti itu, tapi sekali lagi, LAYAKkah kita ??

Jadi, disini dapat saya simpulkan bahawa untuk menjadi seseorang bukanlah mudah. Sebelum kita membuat penilaian melulu terhadap orang lain, maka pastikanlah diri kita terlebih dahulu mempunyai personaliti yang ingin dinilaikan itu.



Sehingga berjumpa lagi.


P/S: maaf jika ada terkasar bahasa..
:)

3 comments:

  1. http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?answer=165955

    tolong jap tgk..x paham...

    ReplyDelete
  2. weila..
    ak xtahu,,
    tapi tu kalu nok add gadget kat page...
    tapi, mg nok buat post je kae?

    ReplyDelete
  3. FOLLOW LA BLOG SAYE puteridamias.blogspot.com

    ReplyDelete